Assalamualaikum semua...
Apa khabar semua pembaca? Semoha kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Entri lepas saya bercerita berkaitan Petua Hilangkan Jeragat tapi entri kali ini saya akan bercerita berkaitan Kerja Dari Rumah.
Bila sebut kerja dari rumah mesti terbayang semasa PKP pada tahun 2020-2021 kan. Banyak pejabat tutup, kedai-kedai tutup dan kebanyakan cuma berkerja daripada rumah. Tapi masa tu saya ada masanya kerja kena datang pejabat, skop kerja saya adalah dalam bidang Essential Servis iaitu di bahagian pembekalan makanan. Dugaan masa tu saya tenga mengandung 3 bulan, Nasip baik masa tu bos baik, kerja half day saja. Sampai rumah saja mandi dan baju terus basuh. Dugaan semasa PKP tu juga suami diberhentikan kerja kerana company tak dapat nak bayar gaji dah. Kesan daripada Covied-19 tu sangat besar. Kalau nak fikirkan sekarang, rasa nak nangis.. terutamanya apabila bersalin secara czer seorang tanpa suami di sisi. Apa pun, semua ni kenangan untuk di hari tua kelak.
Kelebihan Berkerja Dari Rumah
1. Masa yang lebih fleksibel
2. Persekitaran ruang tempat kerja yang tunang
3. Keseimbangan lebih baik antara rumah dengan pejabat
4. Tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu lintas
Cabaran Berkerja Dari Rumah
1. Ketiadaan sumber fizikal dan kewangan seperti tiada ruang kerja lebih besar
2. Berada di luar struktur organisasi pejabat
3. Kurang sumber inspirasi
4. Tiada sokongan rakan kerja
5. Rasa terasing
Berdasarkan tajuk entri Kerja Dari Rumah, saya akan kongsikan beberapa pekerjaan yang sesuai dibuat daripada rumah. Semoga memberi manfaat yaaa....
Graphic Designer
Kepada yang minat dengan Graphic Design tetapi tidak mempunyai kemahiran, Anda boleh hadi ke mana-mana kursus asas untuk Graphic Design. Dulu bidang ni boleh dianggap tidak popular, tetapi kini jika anda ada kemahiran sebagai Graphic Design anda boleh pergi jauh sehingga di pasaran global bukan setakat Malaysia je. Freelance Graphic Design pun sangat popular sekarang dan boleh buat daripada rumah sahaja.Modal yang diperlukan hanya, telefon, laptop, internet & kemahiran.
Perniagaan Makanan & Khidmat Katering
Untuk memulakan peniagaan Makanan & Katering, tidak semestinya anda memerlukan sebuah kedai/permis untuk mula. Anda boleh jalankan business ni daripada rumah sahaja, untuk perniagaan Makanan boleh daftarkan peniagaan di aplikasi seperti Grab. Untuk katering, persediaan juga boleh dibuat dari rumah sahaja. Modal yang diperlukan, telefon, internet, peralatan asas memasak, bahan basah & kemahiran
Homebaker
Sekiranya anda mempunyai bakat dan minat dalam bidang baking, dicadangkan untuk anda memulakan bisnes homebaker. Modal diperlukan Telefon, Internet, Barangan asas baking, Bahan Mentah & Kemahiran
Menjahit
Minat menjahit tapi tidak ada asas menjahit? Jangan risau, ramai sangat tukang jahit sekarang yang ada buat kelas untuk beginner. Tidak kurang juga kolej-kolej kemahiran yang menyediakan kursus menjahit. Sebagai seorang tukanj jahit daripada rumah, anda boleh mengambil tempahan mengikut kemahiran anda. Modal diperlukan mesin jahit, peralatan asas menjahit & kemahiran
Youtuber / Tik Tokers
Jika anda seorang yang bijak untuk membuat konten yang menarik, unik dan memberi manfaat kepada masyarakat, anda boleh memulakan Youtuber atau Tiktoker sebagai kerjaya anda. Kerjaya ini boleh dibuat di rumah sahaja.Modal diperlukan Telefon, Internet, Peralatan Untuk membuat Video & Kemahiran
Online Business
Rata-rata semua media sosial sekarang ada tools untuk online business. Bermacam-macam perniagaan yang ada di jualan atas talian sekarang. Online Business sekarang telah menjadi salah satu ruang untuk mendapatkan pendapatan sampingan tidak kira daripada golongan pelajar sehinggalah ke golongan yang berkerjaya. Antara produk yang boleh dijual atas talian ialah:-
Pakaian: Tudung, Baju Dewasa lelaki/wanita dan kanak-kanak.
Handbag
Kasut
Aksesori Wanita/Lelaki
Kosmetik
Skincare
Makanan Viral / Tambahan / Sunnah
Aksesori kenderaan (Motor/Kereta)
Sebenarnya banyak lagi produk yang boleh dijual dalam talian ini. Berikut di atas adalah contoh produk yang agak popular. Ada di antaranya anda kena keluarkan modal besar untuk memulakan perniagaan.
Tetapi berapa baiknya sekiranya kita berniagaa dengan ZERO MODAL, Stock tidak perlu pegang, Tidak perlu buat pengeposan produk dan Tidak perlu nak fikir untuk membuat produk sendiri.
Hanya dengan membuat pengiklanan produk orang, mengambil pesanan daripada pelanggan , membuat pembelian melalui online dan barang akan sampai terus kepada pelanggan. Pembelian dibuat menggunakan duit pelanggan, Kita menjadi duta kepada produk yang ita jual, Kerja daripada rumah sahaja, Tidak memerlukan sebarang kelulusan untuk bermula kecuali umur mestilah 18 tahun keatas.
Bonus akan dibayar setiap 14 hari bulan setiap bulan tanpa lewat. Syarikat kukuh dan stabil, sebab tu pembayaran bonus tidak pernah ada kurang walau sesen pun. Bagi saya seorang yang berkerja, ini adalah gaji kedua saya setiap bulan pada pertengahan bulah.
Jumlah bonus yang kita nak, kita sendiri yang tentukan, nak 2 angka? 3 angka? 4 angka? tu semua pilihan sendiri. Modal diperlukan Telefon dan Internet.
Mak Kutu
Kerja yang ini sesuai kepada mereka yang mempunyai tanggungjawap yang tinggi. Tugasan Mak Kutu ni ialah mengutip hasil kutu setiap bulan kepada pemain-pemain, memastikan pemain membuat bayaran mengikut syarat yang telah ditetapkan sebelum bermula. Contoh kutu ialah, Tunai, Emas, Peralatan Rumah/Dapur dan sebagianya.
Sekian untuk hari ni, sekiranya anda memerlukan pendapatan sampingan dengan masa fleksibel boleh hubungi saya.
No comments:
Post a Comment