Thursday, August 24, 2023

Doa Terbaik Untuk Wanita

 Assalamualaikum semua...

Entri hari ni agar berbeza daripada sebelum ni, tajuk pun suda nampak lain kan. Hari ni saya akan kongsikan beberapa doa yang terbaik untuk wanita amalkan.



Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:

‎اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي

‎وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَّاتِ الْفِتَن

Maksudnya:
Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku, dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.

 wasiat daripada Al Habib Musa Al Kadzim Assaggaf


Doa Bertemu Jodoh (Untuk Wanita)

Terjemahannya: 
Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekeyaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya




Doa Nabi Yusuf supaya wajah lebih berseri dan cantik.

Khas untuk semua wanita yang ingin dilihat cantik setiap masa boleh amalkan doa ini dalam kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat.


"Jangan kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hari"

(Q.S Ali' Imran:139)

Semoga bermanfaat untuk semua.
Jom saya kongsikan doa yang lain untuk wanita.






Vitamin Untuk Wanita

 Assalamualaikum semua...

Bila tengok tajuk rasa macam terpinggir kaum Adam kan. Ehhh tak ada ka vitamin orang laki... Ada bang tapi kita cerita tajuk lain ya. Hari ni saya nak kongsikan vitamin untuk wanita dulu. Di luar sana ada banyak supplement atau vitamin yang target audience adalah wanita. Shaklee juga mempunyai vitamin  untuk wanita tetapi boleh juga diambil oleh golongan lelaki, tetapi hari ni sekali lagi saya nyatakan, yang saya akan kongsikan vitamin ni dan keistimewaan khas untuk wanita.

Vitamin yang saya maksudkan tu ialah GLA Complex, Vita-Lize, Omega Guard dan Ostenutrix. 

GLA Complex 

Seorang wanita tidak mungkin mempunyai terlalu banyak nutrien untuk menjaga badannya. Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.

Selain daripada tu, GLA ni juga ada banyak kepentingan lain untuk wanita

Kunci kepada kulit yang sihat berseri adalah tahap kelembapannya. GLA telah dibuktikan secara klinikal untuk memberikan manfaat:

  • Meningkatkan tahap kelembapan kulit - GLA menguruskan penghalang air semulajadi dalam kulit kita untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.2 Kulit yang mengalami rengsa dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan juga kesejahteraan fizikal. Dengan nutrien yang berkesan, anda boleh terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian bahawa GLA membantu dalam:

  • Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.
  • Membaiki tahap emosi ketika tempoh pra-haid.
Simptom-simptom menopaus seperti berasa panas, berpeluh malam, masalah tidur, perubahan mood dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati memberi manfaat untuk mengurangkan proses menopaus dengan:

  • Melegakan simptom ketegangan payudara.
  • Meningkatkan kesihatan emosi.
Vita-Lize

Multivitamin adalah salah satu vitamin yang penting untuk tubuh. Setiap hidangan iaitu 2 tablet membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuk: 

  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin B
  • Asid folik
Omega Guard


Pengambilan Omega 3 ni sangat-sangat penting untuk setiap wanita. Peningkatan usia dan pengambilan makanan yang bermacam jenis berkemungkinan boleh mengundang kolesterol jahat LDL, darah tinggi, kencing manis dan sakit sendi.

Omega 3 ini bersifat anti-radang yang membantu mengawal keradangan di dalam badan. Puncah keradangan ini boleh diakibatkan oleh beberapa perkara seperti permakanan makanan proses yang kerap, kurang tidur, stress dan merokok.

Omega-3 juga sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Omega -3 menyokong:-
  • Perkembangan otak dan sistem imun badan
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

OsteNutrix


Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Kalsium dan Magesium yang terdapat dalam Ostenutrix sangat diperlukan oleh badan kita. kedua-dua mineral ni baik untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan sendi. Sekiranya badan merasa lengguh-lengguh bolehlah ambil Ostenutrix ni. Ostenutrix membantu untuk mengurangkan sengal-sengal dan lengguh-lengguh badan.

Pengambilan sebelum tidur akibatnya badan akan segar dan bertenaga esok hari.. Insya Allah.

Akhir sekali, pengambilan vitamin sangat penting untuk kehidupan yang lebih gembira, ceria dan sihat. Suka untuk saya berkongsi pendapat lain berkaitan vitamin untuk wanita ni.

Jika ada sesiapa yang nak vitamin boleh klik sini.



Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi