Thursday, September 14, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

 Assalamualaikum semua

Hi, untuk artikel hari ni saya akan kongsikan set mengandung shaklee. Set mengandung ni kalau kita ke klinik pun nurse tetap akan bagi ubat ni dan memang wajib kena makan setiap hari. Asid folic, vitamin B, vitamin C dan Iron ni antara ubat yang akan dibekalkan kepada ibu hamil oleh klinik. Sama juga dengan set mengandung shaklee, semua ubat-ubat ni ada malah manfaat dia tu lebih banyak lagi.

Jom saya terangkan satu persatu vitamin yang ada dalam set mengandung shaklee ni.



B-Complex with Acid Folic


Acid folic dan Vitamin B sangat penting diambil bagi wanita yang suda berkahwin. Acid folic boleh membantu menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran dan kecacatan genetic pada bayi, pengambilan Acid Folic ni kena sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Disebabkan kita tidak tahu bila kita akan hamil disarankan untuk mengambil terus Vitamin B dan Acid Folic ni.

Bagi Vitamin B dan Acid Folic Shaklee ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpeten, sebab apa ada sistem ni? Sebabnya acid folic tidak mudah diserap dan dengan sistem bioaktif berpeten ni penyerapan nutrien lebih mudah. 

Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak tahu betapa pentingnya pengambilan Acid Folic sebelum hamil. Pengambilan Vitamin B dan Acid Folic boleh membantu untuk ibu dan bayi sihat.


Testimoni B-Complex with Acid Folic



Vita Lize

Bagi wanita hamil HB Low tu boleh menjadi mimpi ngeri sebab nurse mesti akan bising, biasalan emosi seorang ibu hamil ni turun naik. 

HB atau nama penuhnya Hemoglobin iaitu protien yang ada dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Wajar nurse akan memarahi seorang ibu apabila HB turun setiap kali hadir ke klinik kan, itu semua demi kepentingan ibu hamil. Keperluan oksigen seorang ibu hamil perlu lebih banyak daripada biasa kerana bayi dalam kandungan turut memerlukan oksigen.

Apabila HB kerap berada di bacaan rendah ianya sangat tidak baik untuk ibu hamil dan boleh membawa kepada anemia, paling teruk akan menjadi masalah apabila melahirkan. Vita Lize ialah sejenis multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang boleh membantu bacaan HB menjadi cantik.

Untuk ibu hamil disarankan untuk ambil Vita Lize sekiranya bacaan HB sentiasa rendah. Sayangi diri dan bayi.     


Testimoni Vita Lize



ESP 

ESP merupakan minuman protien yang baik untuk ibu hamil. ESP ni bukan sebarang susu soya, ESP sangat istimewa kerana ianya diperbuat daripada NON-Gmo soya dan diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjadikannya prodak yang berkualiti.

ESP boleh membantu meningkatkan imuniti badan seoragn ibu hamil. Ramai yang tidak tahu protien ni membantu untuk meningkatkan imuniti badan selain daripada vitamin C. 

ESP juga minuman protien yang rendah Indek Glesmik (GI). Makanan yang rendah GI akan membuatkan rasa kenyang lebih lama walaupun dalam kuantiti sedikit. Selain daripada tu ESP membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Pengambilan malanan yang tinggi GI akan menyebabkan kencing manis semasa hamil dan terdapat pelbagai kesan buruk kepada ibu hamil.

ESP juga membantu untuk penghasilan sel-sel baru kulit. Protien ESP membantu penghasilan sel kulit baru yang gebu, halus dan cantik berseri. Kulit bayi dalam kandungan turut menerima kebaikan ESP, kulit bayi apabila lahir kelak berpotensi mempunyai kulit mulus, gebu dan cantik.

ESP turut membantu ibu hamil yang mengalami morning sickness atau alahan yang teruk sehinga muntah-muntah. Pengambilan ESP akan membekalkan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa loya dan mual, ESP Shaklee mudah dihadam berbanding makanaan protien yang lain.


Testimoni ESP




Ostenutrix

Bagi seorang ibu hamil pengambilan kalsium yang diperukan sehari ialan 1000mg-1300mg. Ostenutirx mengandungi kalsium dan magnesium dan vitamD yang membantu untuk penyerapan. 

Kalsium sangat penting untk ibu hamil bagi pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Selain daripada itu, pengambilan Ostenutrix juga penting bagi merangsang saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil.

Kalsium juga penting untuk jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium ibu semasa hamil sangat penting untuk mengelakkan bayi dalam kandunga menarik kalsium daripada ibu hamil yang akan memberi kesan osteoporosis di masa akan datang.

Ostenutrix juga mempunyai kadar penyerapan kalsium yang efektif dalam masa 12 jam mengikut kajian klinikal. Selamat diambil untuk semua golongan.

Dalam sebiji Ostenutrix terdapat 

  • 3 Jenis Kalsium
  • Vitamin D3
  • Magnesium
  • Zinc
  • Maganese
  • Boron
  • Copper

Testimoni Ostenutrix




Produk kerjasama Shaklee dan Tanamera

Kepada semua ibu hamil jangan lepaskan pelung untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee termasuklan produk daripada Tanamera yang berkerjasam bersama SHaklee kerana misi yang sama iaitu ORGANIC.

Smooth Tummy Oil




Dihasilkan daripada minyak kelapa dara dengan aroma halia betong. Boleh digunakan untuk seluruh badan dan juga boleh digunakan untuk anak.

Relaxing Magnesium Oil



Minyak yang ni lebih kurang sama seperti minyak angin biasa pakai, tapi minyak yang ni lagi best daripada minyak angin yang biasa tu. Sapu pada bahagian kaki boleh dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti

Sekian untuk hari ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sehingga berjumpa lagi.

Bagi sesiapa yang ingin dapatkan Set Mengandung Shaklee boleh hubungi saya terus ye. Bagi sesiapa yang perlukan konsultasi percuma berkaitan produk shaklee juga boleh hubungi saya. Bagi sesiapa yang sedang mencari side income yang 0 modal juga boleh hubungi saya.

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

FOLLOW SAYA

 FB : Aznah Sapili
IG : aznah.sapili
Tik Tok: aznah.mafl

Sunday, September 10, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

keperluan wanita hamil

 Assalamualaikum...

Kehamilan adalah detik dan saat indah. Daripada pertama melihat keputusan ujian kehamilan positif, menghadiri temu janji, ultrasound pertama, mendengar degupan jantung bayi buat pertama kali dan melihat perubahan perut semakin membesar setiap hari. Pengalaman ini sangat menarik dan mengubah kehidupan anda.

Terdapat pelbagai keperluan wanita mengandung khususnya berkaitan makanan. Ada yang mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan dan keluarga yang pernah melalui perkara ini.

Artikel hari ni, saya akan kongsikan beberapa perkara yang diperlukan oleh wanita mengandung.

Berat Badan

Berapakah berat yang perlu ditambah semasa hamil? Semasa hamil purata kenaikan berat badan seorang ibu hamil kira-kira 11-15kg. Penambahan berat ini biasanya akan berlaku pada minggu ke-20. 

Berikut adalah garis panduan umum kenaikan berat badan mengikut KKM:-

Jenis Makanan


Semasa kehamilan, ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi, vitamin A,B,C,D dan Asid folik. Kesemua vitamin ini sangat penting untuk ibu hamil yang mana akan menyokong keperluan harian ibu hamil.

1. Karbohidrat

  • 7 hidangan karbohidrat
  • Menyediakan kalori untuk menyokong keperluan tenaga semasa hamil.
  • Sumber karbohidrat yang sihat termasuk roti perang atau nasi, quinoa, kekacang dan oat.
  • Pengambilan karbohidrat yang diproses seperti roti putih, pasta dan pastri perlu dihadkan.
2. Sayuran & Buah-buahan

  • 3 hidangan sayuran dan 2 hidangan buah-buahan
  • Menyediakan serat makanan (dibungkus dengan mikronutrien), vitamin, dan mineral untuk perkembangan janin.
  • Mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko preeklampsia (tekanan darah tinggi), dan diabetes semasa mengandung.
  • Buah sitrus seperti oren boleh membantu mengatasi loya.
3. Produk tenusu

  • 2 hidangan produk tenusu.
  • Pilih susu rendah lemak, keju, yogurt.
  • Bekalkan kalsium untuk membangunkan gigi, tulang, jantung, otot dan sistem saraf bayi anda.
4. Protein Tanpa Lemak

  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging / ayam tanpa lemak, 1 hidangan kekacang.
  • Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda yang mencukupi, terutamanya otak. Ia membantu meningkatkan bekalan darah kepada bayi anda dan menyediakan badan anda untuk laktasi.
  • Sumber protien yang baik adalah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, telur dipasteurisasi, salmon, kacang dan kekacang.
  • Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda makan pelbagai jenis protein berasaskan tumbuhan untuk mendapatkan semua keperluan protein dan asid amino penting.
  • Pengambilan protein harus meningkat dengan setiap trimester kehamilan anda, antara 3.5 hingga 7 hidangan sehari.
5. Penghidratan
  • Minum 6-8 gelas air setiap hari.
  • Jika anda suka kopi, berhati-hati dengan pengambilan kafein anda. Anda perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada satu cawan sehari atau bertukar kepada tanpa kafein sama sekali.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

  • Alkohol
  • Kafein
  • Daging mentah atau makanan laut seperti sashimi
  • Daging diproses yang tidak dimasa.
  • Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
  • Makanan pedas
  • Makanan berlemak yang digoreng
  • Makanan yang diproses tinggi yang kaya dengan lemak tepu, gula tambahan, atau natrium
Sekian untuk perkongsian keperluan wanita hamil bagi bahagian permkanan. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.



Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi