Friday, December 15, 2023

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

 Assalamualaikum semua pembaca..

Hari ini saya akan berkongsi satu produk Shaklee yang baru-baru ni Shaklee umumkan telah masuk ON SALE semula setelah sekian lama sepi tiada berita. 

Ramai di antara kita yang kerap dan terlalu memaksa diri kita untuk berkerja kuat seperti mengangkat barang sepanjang hari di tempat kerja, membongkok dengan kerap atau berjoging jauh pada waktu pagi. Kesan daripada ini, badan akan terasa sakit terutammanya pada bahagian sendi-sendi yang terlibat. Perkara ini adalah tindak balas semulajadi badan kepada keradangan.

Produk yang saya maksudkan tersebut ialah PAIN RELIEF CAPLETS SHAKLEE.


Pain Relief Caplet ini adalah gandingan daripada ekstrak Boswellia dengan ekstrak Safflower yang membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi secara semulajadi. Pain Relief Caplet ni juga lembut pada perut kerana ianya tidak mengandungi aspirin.



Pain Relief Caplet Shaklee ni membantu melegakan kesakitan secara semulajadi, akan tetapi Pain Relief ni bukanlah sejenus ubat yang akan memberikan hasil yang cepat dan segera.

Pain Relief Caplet Untuk Siapa?
Secara general, Pain Relief Caplet ini diperlukan oleh mereka yang banyak melakukan pergerakan dalam kerja seharian mereka, ini adalah sebahagian contoh mereka yang memerlukan Pain Relief Caplet ini;



Keistimewaan Pain Relief Caplet Shaklee
1. Memberikan 1082mg ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower
2. Terbukti dalam kajian saintifik untuk menghalang kesakitan secara semulajadi
3. Terbukti mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan otot



3 Fungsi Utama Pain Relief Caplet Shaklee

Amnya, Pain Relief Caplet Shaklee untuk sakit sendi dan otot, berukut adalah fungsi-fungsinya;


Testimoni Pain Relief Caplet Shaklee




Itu sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat untuk perkongsian kita semua. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan jangan segan jangan malu, boleh hubungi saya di sini. Korang juga boleh baca banyak lagi berakitan Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi di sini

Terima Kasih.

Aznah,
SID Malaysia.

#painreliefshaklee #blogmega









Monday, October 9, 2023

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum semua... Tulisan yang lepas saya berkongsi berkaitan kepentingan vitamin C dan vitamin C pilihan saya, siapa yang belum berkesempatan membaca, boleh klik sini.

Tulisan hari ini saya akan berkongsi vitamin atau supplement pilihan saya termasuklah keluarga saya. Saya akan kongsikan sebab-sebab saya memili vitamin ini. 

Sebelum saya teruskan, saya juga suka berkongsi cerita sebelum saya menjadi pengamal vitamin ni hehe. Sebelum ini, saya merupakan salah seorang "anti-supplement" saya tidak percaya apa-apa berkaitan supplement atau vitamin. Saya percaya dengan permakanan sahaja pun suda cukup baik untuk hidup sihat. Tapi sebenarnya saya silap, usia semakin meningkat, macam-macam pula sakit keluar. Semasa hamil saya hanya mengambil ubat yang disarankan oleh pihak klinik dan that all!!! Saya bersalin secara czer selepas 3 kali induce dan gagal tidak ada bukaan, air susu tidak ada dan baby saya hanya sempat BF selama sebulan dengan bantuan pum susu, BF direct tu memang tinggal mimpi sajalah. 

Ketika usia anak 8 bulan saya terpaksa berasing selama 2 minggu dengan anak kerana sy disahkan positive Covid-19. Hari-hari MIL saya Video Call untuk saya tengok anak, 2 minggu macam kejap saja kan.. tapi buat seorang ibu 2 minggu tu terasa sangatlah lama. Alhamdulillah masa tu, MIL, Ipar dan Anak tidak positive. Semasa di pusat kuarantin saya ada ternampak seorang kakak tu ambil vitamin C sedagkan saya masa tu ambil Vitamin C jenama "R" haha, kena cairkan dalam air dan rasa sangat masam. Selepas keluar daripada pusat kuarantin tu, saya cepat penat, jalan lama sikit tak boleh, semput dan tekak kering. 

2 bulan lepas tu seorang kawan lama memperkenalkan Shaklee kepada saya. Awalnya saya nak ambil untuk supplement turunkan berat badan dan saya ambil Lecithin. Kesan yang saya dapat selepas seminggu mengambil Lecithin ialah, badan menjadi ringan dan saya nak bergerak pun lebih cergas dan laju. Selepas tu, saya mula menambah supplement iaitu Vitamin C, Alfalfa, ESP, B-Complex, Omega, Nutriferon dan Chinch . Jom saya kongsikan apa kebaikan yang telah saya dapat selepas mengambil vitamin/supplement ni semua.

  1. Ketahanan badan semakin baik. 
  2. Masalah keputihan saya hilang
  3. Masalah bau badan hilang
  4. Masalah mulut berbau hilang
  5. Badan berangin hilang
  6. Sakit sendi bahagian lutut hilang
  7. Badan lebih ringan
  8. Migrain dan sakit kepala hilang
  9. Kulit berjerawat hilang
  10. Bekas jerawat hilang
  11. Masalah liang pori hilang
  12. Masalah tona kulit tidak rata hilang
  13. Selera makan dapat dikawal
Anda ada masalh yang sama? Saya sarankan untuk anda ambil vitamin/supplement jenama SHAKLEE. Daripada segi harga sangat berbaloi dengan kualiti vitamin/supplement. Sekiranya anda tidak tahu apa vitamin/supplement yang perlu diambil dengan masalah yang anda hadapi, anda boloh hubungi saya dan saya akan bantu anda secara percuma. Sekiranya anda ingin menjana pendaatan bersama shaklee boleh hubungi saya, saya akan bantu anda sama-sama berjaya dengan shaklee.

Jom saya kongsikan juga vitamin pilihan sahabat saya, anda boleh klik sini untuk tahu apakah vitamin/supplement pilihan sahabat saya.

Jangan lupa follow saya 
Instagram : aznah.sapili
Facebook: Aznah Sapili
Tik Tok: aznah.mafl

#megablogshaklee

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

 Assalamualaikum semua...

Di luar sana terdapat pelbagai jenis dan jenama vitamin C, pilihan untuk memilih mana vitamin C yang anda hendak ada di tangan anda sendiri. Tulisan hari ini saya akan kongsikan apakah kepentingan vitamin C dan vitamin C yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memili vitamin C yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.


Kepentingan Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air yang sangat penting dan mempunyai pelbagai fungsi untuk badan kita, fungsi utama Vitamin C ialah antioksida. Selain itu, Vitamin C juga memainkan peranan untuk kesihatan semua yang membentuk tubuh kita seperti menggalakkan kesihatan gusi, gigi dan tulang.

Vitamin C juga penting dalam pembentukan kolagen iaitu sejenis protien yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Apabila badan kekurangan vitamin C, makan kolagen yang ada dalam badan tidak boleh digantikan. Kesan daripada kekurangan tersebut ialah kerosakan tisu dalam badan yang membawa kepada penyakit skurvi. Tanda-tanda penyakit skurvi ini ialah, gusi akan kemerahan, bengkak, berdarah, kehilangan gigi dan penyembuhan luka menjadi lambat. Gejalah kekurangan vitamin c boleh dilihat sekiranya pengambilan vitamin C kurang 10mg/ haru untuk beberapa minggu.


Siapa Yang Memerlukan Vitamin C


Vitamin C Pilihan Saya Dan Keluarga


 Kenapa Vitamin C Shaklee
  1. Vitamin C Shaklee ialah vitamin C semula jadi dan lembut pada perut.
  2. Vitamin C Shaklee turut mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang membekalnak 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran.
  3. Vitamin C Shaklee turut ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak bersama vitamin C untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.
  4. Meningkatkan sistem imun yang sihat, menyokong ketahanan terhadap jangkitan shingga anda merasa lebih sihat setiap hari.
  5. Menyokong Penyerapan Zat Besi, perlu untuk pembentukan normal sel darah merah dan hemoglobin.
  6. Menghalang tanda-tanda penuan, Vitamin c memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tompok penuan serta membantu memberikan tona kulit yang lebih cantik.
  7. Penyembuhan, Nutrien utkam untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengelakan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat.
10 Manfaat Vitamin C Shaklee


Testimoni Vitamin C Shaklee




PENUTUP
Sekian untuk tulisan hari ini, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, saya juga berbesar hati nak kongsi dengan anda semua tulisan sahabat saya berkaitan vitamin CSekiranya anda memerlukan pendapat berkaitan produk Shaklee sila jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee, sila jangan segan untuk hubungi saya. Insyaallah saya akan membantu anda semua sebaik yang saya mampu.

FOLLOW SAYA DI FACEBOOK (Aznah Sapili) Tiktok ( KONA) dan instagram (aznah.sapili)

#blogmegashaklee







Thursday, September 14, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

 Assalamualaikum semua

Hi, untuk artikel hari ni saya akan kongsikan set mengandung shaklee. Set mengandung ni kalau kita ke klinik pun nurse tetap akan bagi ubat ni dan memang wajib kena makan setiap hari. Asid folic, vitamin B, vitamin C dan Iron ni antara ubat yang akan dibekalkan kepada ibu hamil oleh klinik. Sama juga dengan set mengandung shaklee, semua ubat-ubat ni ada malah manfaat dia tu lebih banyak lagi.

Jom saya terangkan satu persatu vitamin yang ada dalam set mengandung shaklee ni.



B-Complex with Acid Folic


Acid folic dan Vitamin B sangat penting diambil bagi wanita yang suda berkahwin. Acid folic boleh membantu menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran dan kecacatan genetic pada bayi, pengambilan Acid Folic ni kena sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Disebabkan kita tidak tahu bila kita akan hamil disarankan untuk mengambil terus Vitamin B dan Acid Folic ni.

Bagi Vitamin B dan Acid Folic Shaklee ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpeten, sebab apa ada sistem ni? Sebabnya acid folic tidak mudah diserap dan dengan sistem bioaktif berpeten ni penyerapan nutrien lebih mudah. 

Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak tahu betapa pentingnya pengambilan Acid Folic sebelum hamil. Pengambilan Vitamin B dan Acid Folic boleh membantu untuk ibu dan bayi sihat.


Testimoni B-Complex with Acid Folic



Vita Lize

Bagi wanita hamil HB Low tu boleh menjadi mimpi ngeri sebab nurse mesti akan bising, biasalan emosi seorang ibu hamil ni turun naik. 

HB atau nama penuhnya Hemoglobin iaitu protien yang ada dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Wajar nurse akan memarahi seorang ibu apabila HB turun setiap kali hadir ke klinik kan, itu semua demi kepentingan ibu hamil. Keperluan oksigen seorang ibu hamil perlu lebih banyak daripada biasa kerana bayi dalam kandungan turut memerlukan oksigen.

Apabila HB kerap berada di bacaan rendah ianya sangat tidak baik untuk ibu hamil dan boleh membawa kepada anemia, paling teruk akan menjadi masalah apabila melahirkan. Vita Lize ialah sejenis multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang boleh membantu bacaan HB menjadi cantik.

Untuk ibu hamil disarankan untuk ambil Vita Lize sekiranya bacaan HB sentiasa rendah. Sayangi diri dan bayi.     


Testimoni Vita Lize



ESP 

ESP merupakan minuman protien yang baik untuk ibu hamil. ESP ni bukan sebarang susu soya, ESP sangat istimewa kerana ianya diperbuat daripada NON-Gmo soya dan diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjadikannya prodak yang berkualiti.

ESP boleh membantu meningkatkan imuniti badan seoragn ibu hamil. Ramai yang tidak tahu protien ni membantu untuk meningkatkan imuniti badan selain daripada vitamin C. 

ESP juga minuman protien yang rendah Indek Glesmik (GI). Makanan yang rendah GI akan membuatkan rasa kenyang lebih lama walaupun dalam kuantiti sedikit. Selain daripada tu ESP membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Pengambilan malanan yang tinggi GI akan menyebabkan kencing manis semasa hamil dan terdapat pelbagai kesan buruk kepada ibu hamil.

ESP juga membantu untuk penghasilan sel-sel baru kulit. Protien ESP membantu penghasilan sel kulit baru yang gebu, halus dan cantik berseri. Kulit bayi dalam kandungan turut menerima kebaikan ESP, kulit bayi apabila lahir kelak berpotensi mempunyai kulit mulus, gebu dan cantik.

ESP turut membantu ibu hamil yang mengalami morning sickness atau alahan yang teruk sehinga muntah-muntah. Pengambilan ESP akan membekalkan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa loya dan mual, ESP Shaklee mudah dihadam berbanding makanaan protien yang lain.


Testimoni ESP




Ostenutrix

Bagi seorang ibu hamil pengambilan kalsium yang diperukan sehari ialan 1000mg-1300mg. Ostenutirx mengandungi kalsium dan magnesium dan vitamD yang membantu untuk penyerapan. 

Kalsium sangat penting untk ibu hamil bagi pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Selain daripada itu, pengambilan Ostenutrix juga penting bagi merangsang saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil.

Kalsium juga penting untuk jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium ibu semasa hamil sangat penting untuk mengelakkan bayi dalam kandunga menarik kalsium daripada ibu hamil yang akan memberi kesan osteoporosis di masa akan datang.

Ostenutrix juga mempunyai kadar penyerapan kalsium yang efektif dalam masa 12 jam mengikut kajian klinikal. Selamat diambil untuk semua golongan.

Dalam sebiji Ostenutrix terdapat 

  • 3 Jenis Kalsium
  • Vitamin D3
  • Magnesium
  • Zinc
  • Maganese
  • Boron
  • Copper

Testimoni Ostenutrix




Produk kerjasama Shaklee dan Tanamera

Kepada semua ibu hamil jangan lepaskan pelung untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee termasuklan produk daripada Tanamera yang berkerjasam bersama SHaklee kerana misi yang sama iaitu ORGANIC.

Smooth Tummy Oil




Dihasilkan daripada minyak kelapa dara dengan aroma halia betong. Boleh digunakan untuk seluruh badan dan juga boleh digunakan untuk anak.

Relaxing Magnesium Oil



Minyak yang ni lebih kurang sama seperti minyak angin biasa pakai, tapi minyak yang ni lagi best daripada minyak angin yang biasa tu. Sapu pada bahagian kaki boleh dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti

Sekian untuk hari ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sehingga berjumpa lagi.

Bagi sesiapa yang ingin dapatkan Set Mengandung Shaklee boleh hubungi saya terus ye. Bagi sesiapa yang perlukan konsultasi percuma berkaitan produk shaklee juga boleh hubungi saya. Bagi sesiapa yang sedang mencari side income yang 0 modal juga boleh hubungi saya.

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

FOLLOW SAYA

 FB : Aznah Sapili
IG : aznah.sapili
Tik Tok: aznah.mafl

Sunday, September 10, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

keperluan wanita hamil

 Assalamualaikum...

Kehamilan adalah detik dan saat indah. Daripada pertama melihat keputusan ujian kehamilan positif, menghadiri temu janji, ultrasound pertama, mendengar degupan jantung bayi buat pertama kali dan melihat perubahan perut semakin membesar setiap hari. Pengalaman ini sangat menarik dan mengubah kehidupan anda.

Terdapat pelbagai keperluan wanita mengandung khususnya berkaitan makanan. Ada yang mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan dan keluarga yang pernah melalui perkara ini.

Artikel hari ni, saya akan kongsikan beberapa perkara yang diperlukan oleh wanita mengandung.

Berat Badan

Berapakah berat yang perlu ditambah semasa hamil? Semasa hamil purata kenaikan berat badan seorang ibu hamil kira-kira 11-15kg. Penambahan berat ini biasanya akan berlaku pada minggu ke-20. 

Berikut adalah garis panduan umum kenaikan berat badan mengikut KKM:-

Jenis Makanan


Semasa kehamilan, ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi, vitamin A,B,C,D dan Asid folik. Kesemua vitamin ini sangat penting untuk ibu hamil yang mana akan menyokong keperluan harian ibu hamil.

1. Karbohidrat

  • 7 hidangan karbohidrat
  • Menyediakan kalori untuk menyokong keperluan tenaga semasa hamil.
  • Sumber karbohidrat yang sihat termasuk roti perang atau nasi, quinoa, kekacang dan oat.
  • Pengambilan karbohidrat yang diproses seperti roti putih, pasta dan pastri perlu dihadkan.
2. Sayuran & Buah-buahan

  • 3 hidangan sayuran dan 2 hidangan buah-buahan
  • Menyediakan serat makanan (dibungkus dengan mikronutrien), vitamin, dan mineral untuk perkembangan janin.
  • Mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko preeklampsia (tekanan darah tinggi), dan diabetes semasa mengandung.
  • Buah sitrus seperti oren boleh membantu mengatasi loya.
3. Produk tenusu

  • 2 hidangan produk tenusu.
  • Pilih susu rendah lemak, keju, yogurt.
  • Bekalkan kalsium untuk membangunkan gigi, tulang, jantung, otot dan sistem saraf bayi anda.
4. Protein Tanpa Lemak

  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging / ayam tanpa lemak, 1 hidangan kekacang.
  • Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda yang mencukupi, terutamanya otak. Ia membantu meningkatkan bekalan darah kepada bayi anda dan menyediakan badan anda untuk laktasi.
  • Sumber protien yang baik adalah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, telur dipasteurisasi, salmon, kacang dan kekacang.
  • Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda makan pelbagai jenis protein berasaskan tumbuhan untuk mendapatkan semua keperluan protein dan asid amino penting.
  • Pengambilan protein harus meningkat dengan setiap trimester kehamilan anda, antara 3.5 hingga 7 hidangan sehari.
5. Penghidratan
  • Minum 6-8 gelas air setiap hari.
  • Jika anda suka kopi, berhati-hati dengan pengambilan kafein anda. Anda perlu mengurangkan pengambilan kafein kepada satu cawan sehari atau bertukar kepada tanpa kafein sama sekali.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

  • Alkohol
  • Kafein
  • Daging mentah atau makanan laut seperti sashimi
  • Daging diproses yang tidak dimasa.
  • Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
  • Makanan pedas
  • Makanan berlemak yang digoreng
  • Makanan yang diproses tinggi yang kaya dengan lemak tepu, gula tambahan, atau natrium
Sekian untuk perkongsian keperluan wanita hamil bagi bahagian permkanan. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.



Thursday, August 24, 2023

Doa Terbaik Untuk Wanita

 Assalamualaikum semua...

Entri hari ni agar berbeza daripada sebelum ni, tajuk pun suda nampak lain kan. Hari ni saya akan kongsikan beberapa doa yang terbaik untuk wanita amalkan.



Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:

‎اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي

‎وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَّاتِ الْفِتَن

Maksudnya:
Ya Allah, keluarkan kemarahan/keresahan hatiku, dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.

 wasiat daripada Al Habib Musa Al Kadzim Assaggaf


Doa Bertemu Jodoh (Untuk Wanita)

Terjemahannya: 
Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekeyaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya




Doa Nabi Yusuf supaya wajah lebih berseri dan cantik.

Khas untuk semua wanita yang ingin dilihat cantik setiap masa boleh amalkan doa ini dalam kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat.


"Jangan kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hari"

(Q.S Ali' Imran:139)

Semoga bermanfaat untuk semua.
Jom saya kongsikan doa yang lain untuk wanita.






Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi