Thursday, June 22, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

 Assalamualaikum & Hai semua...

Semoga semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Entri lepas saya berkongsi berkaitan Amalah Gaya Hidup Sihat. Tapi hari ni sayaakan berkongsi entri yang berbeza iaitu Petua Hilangkan Jeragat

Lapisan kulit kita ada 5 lapisan. Jeragat yang berada di lapisan kulit paling bawah (lapisan ke 5) akan naik ke atas lapisan demi lapisan mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.

Disebabkan jeragat akan naik lapisan demi lapisan jeragat yang akan kelihatan pada muka tidak sekata. Terdapat jeragat yang berwarna terang dan ada yang nampak pudar.

Puncah berlakunya jeragat

  1. Perubahan hormon
  2. Peningkatan usia
  3. Penghasilan kolagen dalam kulit berkurangan
  4. Pengambilan pil perancang
  5. Tisu dan sel kulit mati
  6. Penggunaan kosmetik dan alat solek
  7. Radikal bebas yang merosakkan kulit
  8. Lapisan kulit menipis disebabkan sinaran UV
Jeragat bukanlah suata penyakit kulit yang berbahaya mahupun berjangkit. Akan tetapi jeragat sesuatu yang sangat menganggu bagi mereka yang mementingkan penampilan diri. Jadi, sebelum jeragat bertambah teruk lebih baik mencegahnya terlebih dahulu. Jom saya kongsikan petua-petua untuk hilangkan jeragat

Petua Daripada Dapur Anda

Petua 1: Putih Telur & Tisu

Cara-Cara: Ambil putih telur, kemudian rendamkan tisu dalam putih telur. Tekapkan tisu tersebut pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buangkan tisu tersebut dan bilas.


Petua 2: Madu dan Gula

Cara-cara: Ambil madu dan gula untuk dijadikan sebagai skrub. Biarkan selama 15 – 20 minit. Kemudian, bilas muka dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 3: Beras,Kunyit Hidup, Limau Nipis & Putih Telur

Tumbuk beras dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur. Selepas siap adunan, sapu di muka dan tunggu sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit.


Petua 4: Kentang

Cara-cara: Potong sebiji kentang dan sapukan kentang tersebut di kawasan jeragat. Biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.


Petua 5: Bawang merah 

Cara-cara: Belah bawang merah kepada dua. Kemudian gosokkan bawang tersebut pada bahagian muka yang berjeragat secara perlahan-lahan untuk elakkan kulit cedera. Lakukan 2 kali sehari dan lihat pada hasilnya.


Petua 6: Kayu Manis dan Air

Cara-cara: Tuangkan air dari kayu manis ke dalam bekas, kemudian sapukan pada bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam.

Vitamin Untuk Hilangkan Jeragat

VITAMIN C

Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.

VITAMIN E

Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.

PROTEIN

Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak

GLA COMPLEX

Membantu untuk mengimbangkan homon badan dan kaya dengan omega 3 untuk kecantikan kulit.


VIVIX

Mengandunggi antioksidan untuk meneutralkan kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tidak stabil, bakteriadan sebagainya. Antioksidan juga membantu untuk menghalang penimbunan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan. Vivix mempunyai 13 kali ganda lebih antioksidan yang akan melindungi dan merawat sel kulit


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi secara percuma boleh hubungi saya melalui Whatsapp


Sebelum tu, saya juga berbesar hati untuk berkongsi dengan pembaca semua entri sahabat saya bercerita petu untuk hilangkan jeragat ni. Boleh klin sini untuk baca perkonsian sahabat saya yaa..

Semoga segala perkongsian ini mendatangkan manfaat kenapa kita semua.

Terima Kasih Pembaca 💚💚💚


Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi