Saturday, June 17, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 Assalamualaikum & Hai Semua...


Apa khabar? Ummi harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Enti lepas ummi berceita berkaitan pengedar shaklee borneo, entri tu korang boleh baca dengan klik sini sahaja. Selepas tu korang boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain juga ya. 

Entri hari ini adalah entri yang ke 14 untuk projek #megablogshaklee tidak sangka suda berhasil siapkan 14 entri dengan 14 tajuk berbeza.

Entri hari ni ummi akan bercerita atau berkongsi Amalan Gaya Hidup Sihat. Amalan gaya hidup sihat ni boleh dimaksudkan status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Terdapat pelbagai kaedah boleh dipraktikkan dalam mengamalkan gaya hidup sihat, antaranya :-

1. Menjaga permakanan

Perkara penting dalam amalan gaya hidup sihat ini ialah penjagaan permakanan dengan mengamalkan permakanan yang seimbang. Ianya berdasarkan pengambilan makanan mengikuti piramin makanan yang disarankan oleh Kemestiran Kesihatan Malaysia (KKM). Berikut adalah contoh piramid permakanan yang disarankan oleh KKM


Aras 1: Nasi, Mee, Roti, Bijirin dan Hasil Bijirin dan Ubi-Ubian

  • Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga 50%-55% dari jumlah tenaga harian.
  • Sumber yang baik untuk vitamin, mineral dan serat.
  • Serat makanan memberikan banyak manfaay seperti meningkatkan pergerakan usus dan menjaga kesihatan usus serta mencegah sembelit. Ia juga membantu menurunkan paras glukosa dan kolesterol darah.
  • Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti nil penuh, bijirin mil penuh, beras perang, Makanan ini mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi.
  • jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari.
Aras 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti).
  • Makan banyak buah dan sayuran setiap hari juga memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung danbeberapa jenis kanser.
  • Makan buah dan sayur yang oekbagai setiap hari.
  • Jenis sayur boleh diambil sama ada sayur berdaun hijau, sayur pelbagai warna, termasuk sayur buah, sayur kacang, ulam, sayur dalam tin atau beku.
  • Pilihlah buah-buahan segar, jus buah tidak boleh menggantkan lebih daripada satu sajianbuah-buahan.
  • Jumlah sajian disarankan adalah sekurang-kurangnya 3 sajian sayuran serta 2 sajian buah-buahan
Aras 3: Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang
  • Sumber baik untuk protien yang diperlukan untuk membina tubuh.
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.
  • Kekacang adalah sumber protien yang baik dan juga memberi sumber serat yang baik. kekacang adalah kandungan lemak dan tidak menganfungi kolestrol dibandingkan dengan ayam dan daging. Kekacang sigakajjan diambil setiap hari.
  • Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.
  • Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan kolestrol, contohnya membuag kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak.
          Susu dan hasil tenusu
  • Tinggi protien, kalsium dan pelbagai jenis vitamun dan mineral seperti vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink.
  • Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermuka dari usia kanak-kanak. Ini membantu mengurangkan risiko osteoporosis (tulang menjadi reput) di usia tua.
  • Jumlah sajian yang disyorkan adalah 1 hingga 2 sajian.
Aras 4: Lemak, Minyak, Garam dan Gula
  • Terletak di atas puncak atau paling tinggi dalam piramid makanan, ini permu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, kecing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
  • Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minya, gula dan garam serta kurangkan penggunaan sumber minyak, lemak, gula, garam dalam penyediaan makanan.

2. Melakukan senaman atau riadah 

Mengamalkan senaman dan riadah juga antara amalan gaya hidup sihat. Penjagaan permakanan dan senaman apabila dilakukan bersama sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan 3 kali seminggu dan jumlah masa 20-30 minit suda memadai. Antara kebaikan apabila melakukan senaman ialah:-

  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental
  • Mengawal tekanan darah menguatkan jantung
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras gulkosa dalam darah
  • Melambatkan osteoprosis
  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai

3. Jauhkan diri daripada tekanan diri



Tekanan diri adalah satu gejalah negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kini. Tekanan ini melibatkan tekanan yang sukar dikawal seperti tekanan di tempat kerja, tekanan di tempat belajar dan tekanan disebabkan masalah keluarga atau rumah tangga. Individu yang mengalami masalah tekanan diri perlulah bijak untuk mencari formula untuk mengawal atau mengurus diri agar kehidupan tidak tertekan sehinggalah mengganggu kehidupan harian sekaligus menganggu kesihatan diri.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal tekanan diri ialah:-

  • Berkongsi masalah bersama orang yang dipercayai seperti kawan atau keluarga.
  • Meminta khidmat nasihat daripada kaunselor.
  • Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasikan diri.
Tekanan diri yang boleh diurus dengan baik membolehkan kita hidup dengan sihat dan lebih bahagia. Amalan Gaya Hidup Sihat memerlukan kita untuk terus positif, aktif dan keluar daripada zone kemurungan disebabkan tekana diri ataupun kehidupan yang huru-hara.

4. Menjaga kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan seterusnya, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Amalan ini adalah untuk mengelakkan kita daripada terdedak kepada perkara-perkara yang menganggu kesihatan badan kita dan keluarga. Antara amalan menjaga kebersihatn rumah dan persekitaran yang boleh dilakukan ialah:-

  • Membersihkan kawasan yang mempunyai takungan air yang boleh menyumbang kepada penyakit demam denggi.
  • Membuang sampah di tempah yang disediakan agae kebersihat sekitar rumah terjamin.
  • Tidak membuang sampah di sungai atau di longkang luar rumah, ini boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

5. Membuat pemeriksaan secara berkala



Kebanyakan daripada kita akan berjumpa doktor apabila telah jatuh sakit sahaja. Untuk amalan gaya hidup sihat pemeriksaan kesihatan secara berkala amat disarankan, pemeriksaan ini boleh dilakukan 2 kali setahun. Pemeriksaan boleh dibaut di hospitak kerajaan ataupun mana-mana hospital swasta dan mana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan berkala ini.Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengetahui kesihatan badan kita.

Antara faedah yang boleh diperoleh apabila membuat pemeriksaan kesihatan ialah:-

  • Mengesan lebih awal sebarang potensi keadaan kesihatan atau penyakit yang berpotensi menjadi bahaya.
  • Mengurangkan risiko lebih sakit
  • Meningkatkan peluang rawatan dan penyembuhan
  • Menghadkan risiko komplikasi dengan memantau keadaan yang sedia ada
  • Meningkatkan jangka hayat dan meningkatkan tahap kesihatan
  • Mengurangkan kos penjagaan kesihatan mengikut masa dengan mengelakkan perkhidmatan perubatan yang mahal
  • Membentuk perkongsian yang baik dengan doktor agar rawatan lebih efisien
  • Kemaskini maklumat perubatan.

6. Pengambilan Makanan Tambahan



Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah pengambilan makanan tambahan. Seiring dengan peredaran teknologi sekarang pelbagai jenis makanan dicipta untuk memudahkan kehidupan manusia. Pelbagai resepi untuk menjadikan sesebuah makanan itu sedap. Adakah nutrisi dalam makanan akan kekal sekirannya cara penyediaan melalui pemprosesan

Pengambilan makanan tambahan untuk amalah gaya hidup sihat ada banyak kebaikkannya. Antara kebaikan dan kepentingan pengambilan makanan tambahan pada zaman sekarang ialah

  • Memulih dan memelihara kesihatan
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan dan diambil bersama makanan seimbang
  • Meningkatkan tenaga agar tidak mudah rasa mengantuk
  • Membantu untuk penyembuhan luka lebih cepat
  • Membantu menyingkirkan toksin yang berada dalam badan
  • Meningkatkan tahap ketahanan badan (Body Imunity) 
  • Membantu proses pencernaan
  • Membantu pembersihan usus dan banyak lagi
Semoga perkongsian ummi bermanfaat untuk semua. Amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk kita semua. Secara peribadi, ummi sendiri mengamalkan 6 cara yang ummi kongsikan ini. Bagi cara yang ke-6 ummi amalkan Supplement keluarah Shaklee untuk menambahkan lagi nutrisi dalam badan yang tidak dapat daripada permakanan seharian. Bukan ummi saja, suami, anak , mak dan mak mertua pun ummi kongsikan kebaikan Shaklee ni. 

Untuk sesiapa yang nak sama-sama siaht dengan kami dan Shaklee boleh hubungi ummi ya. Insyaallah Free Konsultasi dan sebarang pertanyaan. Klik saja sini



No comments:

Post a Comment

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi