Tuesday, July 18, 2023

Tips Bisnes Online

 Assalamualaikum semua..

Apa Khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari ni saya akan berkongsi 5 tips bisnes online. Sebelum tu entri yang lepas boleh baca kat sini ya. Ok, jom sambung dengan perkongsian hari ini.


Bisnes online ialah salah sata platform yang mudah. Apa yang penting ialah membuat pemilihan bisnes yang tepat dan membuat pilihan group yang sentiasa menyokong anda. 

5 Tips Bisnes Online

1. Kenal pasti produk/jenama yang sedia ada di pasaran

Untuk memulakan sebuah bisnes, adalah lebih baik untuk bermula daripada bawah. Tidak perlu untuk menjadi seorang founder pun untuk memulakan suatu bisnes. Tambahan lagi, satu kajian berkaitan produk/jenama yang dipilih hendalah dijalankan sebelum membuat keputusan.

2. Jangan terlalu mengejar keuntungan

Ramai yang bila masuk dalam dunia perniagaan nak kaya terus dan tidak berfikir banyak untuk mengambil stok yang banyak sehingga menyusahkan diri di hari kelak. Jangan membuat kesliapan ini!

3. Mulakan dengan modal yang rendah

Satu langkah kecil di peringkat awal perniagaan itu adalah lebih baik daripada mengambil satu langkah besar yang akan memberi kesan buruk kepada anda di masa hadapan. Terdapat pelabagai perniagaan yang tidak memerlukan modal untuk bermula, anda cuma kena bijak dan rajin membuat kajian sebelum bermula. 

4. Kurangkan risiko kerugian

Tidak mempunyai risiko kerugian dalam bisnes itu mustahil. Tetapi anda boleh mengurangkan risiko kerugian dengan cara mengenal pasti dan membuat perancangan sebelum membuat pembelian stok. Pengambilan stok sebaik-baiknya mengikut potensi pejualan sesuatu produk tersebut. Mencari bisnes yang tidak memerlukan anda menyimpan stok lebih baik, ada ke? mestilah ada, pembelian hanya akan dibuat setelah mendapat oder daripada pelanggan dan pembayaran juga menggunakan duit pelanggan. Masalah kerugian/stok berlambak selesai.

5. Sentiasa belajar

Walaupun anda suda berada di puncak jangan berhenti belajar dan mengajar. Sentiasa bekalkan diri dengan ilmu-ilmu pemasaran yang baru. Ilmu-ilmu pemasaran perniagaan sangat senang diperoleh sekarang, semuanya di hujung jari. 

Contoh Bisnes Online 

1. DropShip

Dropship sesuai untuk anda yang baru menceburkan diri dalam bidang bisnes. Dropship ini adalah lever yang terakhir sebelum kepada pembeli. Kebiasaannya dropship ni tidak perlu untuk membuat belian stok (bergantung syarat syarikat) dropship hanya membuat pengiklanan prodak dan mengambil oder dan membuat pembelian kepada syarikat. Syarikatlah yang akan menjalankan proses pengeposan kepada pelanggan. Jika ada yang nak join sebagai dropship SHAKLEE sangat dialu-alukan.

2.  Affiliate

Affiliate juga antara bisnes yang popular. Caranya senang sahaja iaitu, anda akan menerima pautan untuk dikongsi di mana-mana tempat yang berpotensi untuk mempunyai pembeli. Contohnya Tiktok,Facebook dan sebagainya. Komisen pula bergantung kepada peratus yang diberikan oleh pemilik pautan dan ianya boleh berubah-rubah.

3. Maklumat produk

Bisnes online sangatlah mudah kerana tidak memerlukan produk secara fizikal. Maklumat berkaitan produk boleh didapat secara onlune dan bolehlah dikongsikan kepada semua. 


Semoga perkongsian kali ini membantu anda untuk memilih bisnes online yang terbaik untuk anda. Shaklee telah membantu ramai yang memerlukan dari segi kewangan dan kesihatan. Modal yang shaklee tawarkan sangatlah rendah tetapi pulangan yang telah mereka dapat sangatlah lumayan. Nak tahu banyak lagi? Jomlah ke sini.

NAK SERTAI KAMI? JOM KE SINI



No comments:

Post a Comment

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi