Wednesday, August 9, 2023

Coq-Trol Plus Shaklee : Sayangi Kesihatan Cintai Detik Kehidupan

Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua? Harap semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.. Hari ni saya akan berkongsi dengan anda semua berkaitan satu vitmain Shaklee yang diberi nama Coq-Trol Plus.

Apa itu Coq-Trol Plus



Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.*

Keisitmawaan Coq-Trol Plus

1. CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.

2. Formulasi berpaten untuk penyerapan CoQ10.

3. Coq-Trol Plus juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum di dalam tubuh.

4. Bebas Gluten.

Kelebihan Coq-Trol Shaklee


1. Penjana Tenaga Terbaik

1.1 Meningkatkan kekuatan otot

Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II) (otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.

1.2 Mempercepatkan proses pemulihan luka

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka. CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

1.3 Menyokong gaya hidup aktif anda

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

1.4 Memastikan anda bertenaga sepanjang hari

CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda, menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari.


2. Meningkatkan Kesihatan Jantung

2.1  Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

2.2 Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri, meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

2.3 Mengoptimumkan Denyutan Jantung Paras

CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung. 


3. Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:

• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.

• Meningkatkan pergerakan sperma.

• Meningkatkan kualiti ovum.


4. Manfaat Menakjubkan CoQ10 kepada Kulit

4.1 Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri

CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan1 . Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit2 dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

4.2 Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tidak tegang dan berkedut. Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal3 dengan CoQ10 kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen4 di dalam kulit.

4.3 Meremaja dan Meningkatkan Tenaga

Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.



5. Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:

• Menjana fungsi otak yang sihat.

• Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.



Tahukah Anda?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:

3 Kg - Daging

3.3 Kg - Mentega Kacang

100 Cawan - Brokoli rebus

100 Sudu Makan - Minyak Canola


Testimoni Coq-Trol Shaklee





Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk kita semua. Jom saya kongsikan lebih banyak artikel berkaitan Coq-Trol Plus.

Berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan pengambilan Supplement Shaklee atau berminat untuk menjadi Rakan Perniagaan saya? Hubungi saya di nombor 0102918151 sekarang.







No comments:

Post a Comment

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi