Monday, May 15, 2023

HARI RAYA OPEN HOUSE DI PERANTAUAN 2023


 Assalamualaikum semua..

Entri hari ni mungkin berbesa sedikit sebab hari raya tahun ni pun berbeza sedikit daripada raya-raya sebelum ni.

Raya sebelum berkahwin tiap tahun kena balik kampung, tapi adalah sekali dua tidak balik kampung masa belajar kt university dulu. Tapi tetap seronok sebab pihak university bawa pegi beraya juga naik bas university, raya pula kt rumah orang-orang kenamaan di Kuching, Sarawak. Salah satu kelainan raya untuk saya jugalah.. hoho

Lepas berkahwin masa raya tu tiap tahun kena gilir-gilir balik raya. Raya tahun 2023 ni sepatutnya balik kampung umi raya pertama - ketiga kt kampung dan raya keempat sehingga cuti habis kt kg suami. Tetapi kita cuma mampu merancang, Allah rezekikan saya raya tahun ni di rumah sendiri. Seminggu sebelum raya bapa  telah dimaasukkan ke hospital disebabkan masalah usus bocor dan rosak. Semua plan terpaksa dibatalkan dan umi kena stay utk membantu mak  yang menjaga bapa di wad. Satu kelainan yang sangat luar biasa untuk saya dan keluarga. Malam raya adik yang berkerja di SM sampai dan umi tahan dia supaya tak balik kampung teman kami beraya di perantauan..


Hidangan Wajib - Kelupis

Walaupun begitu, raya tetap diraihkan dengan sangat bersederhana. Raya pertama menu rendang ayam, kari daging, kelupis, ayam goreng dan soto ayam. Raya rasa pelik juga sebab berempat saja, adik, mama, ayad dan umi... suami pula pagi raya berkerja. Kalau kt kampung biasanya pagi raya akan berkunjung di rumah makcik-makcik, tapi raya tahun ni berkunjung ke hospital. Sehari sebalum raya bapa telah dibedah untuk kedua kalinya sebab masi ada kebocoran usus dan berada di ICU selama seminggu sebelum dipindahkan di wad biasa. 


Rendang, Kari Daging & Kelupis

Walaupun raya sederhana tapi makan tu bukan main lagi, rendang makan dgn kelupis pun sedap, lepas tu umi memang peminat rendang makan dgn nasi putih. apa lagi bertambah 2 3 kali oiiii... Sedap tu lain macam bila orang lain yang masak kan. Lepas tu makan kari daging hasil air tangan sendiri pun sedap juga 😂😂. Tapi bila dan makan tak ingat dunia ni pengakhirannya ada kalangan kita yang susa membuang kan, mana tidaknya kau makan tak henti sampai perut pun tak dapat nak proses yang kau makan semalam hari ni kau dan makan lagi kann... Umi nasip baik sebelum tido telak Herb Lax so esok pagi mesti buang yang makan semalam tu... korang yang berkunjung-kunjungan tu macam mana pulak?

Jom Umi share cara untuk maintain berat walaupun makan banyak masa raya. 

Set Kurus Raya


Ambil Sebelum Tidur


Ambil 3 Kali Sehari Selepas Makan


Ambil Selepas Makan Tenga Hari


Ambil 3 Kali Sehari Sebelum Makan 


Korang yang ada nak tanya boleh Whatsapp Umi tau, jangan segan-segan..

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleetriump2023
#shakleethrive2023

No comments:

Post a Comment

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi